Thursday, 25 April 2013

Belajar Membaca


Apakah yang berlaku ketika seseorang itu membaca?


Apabila kita membaca mata kita bergerak dengan cara melompat-lompat. Istilah teknikal untuk kejadian ini ialah ginjatan(saccades). Antara ginjatan ada satu tempoh yang dipanggil penetapan(fixation). Untuk merakamkan apa yang berlaku ketika seseorang itu sedang membaca sebuah alat iaitu ‘eye tracker’ boleh digunakan. 



Apakah yang dirakamkan oleh Eye-Tracker ? 

 

Ginjatan & Penepatan 


Tempoh penetapan sesuatu perkataan bergantung kepada tiga faktor iaitu faktor kesan kepanjangan, kesan kekerapan dan kesan konteks. 


Proses Pengecaman

Setelah  mata merakam maklumat visual teks bacaan, proses selanjutnya ialah pengecaman kata. Proses pengecaman kata ini berlaku di dalam otak. Pengecaman perkataan mengikut  kaedah fonetik melibatkan penafsiran bunyi yang dibuat oleh satu huruf tertentu atau gabungan huruf. Manakala cara pengecaman seluruh perkataan melibatkan pengecaman perkataan secara keseluruhan.

Proses Pemahaman

Selepas mengecam perkataan, langkah seterusnya dalam bacaan ialah memahami makna. Kita belajar memahami makna melalui pengalaman. Semasa kita membaca satu ayat, perkataan dan frasa yang kita temui, mengaktifkan daya ingatan yang membenarkan kita untuk memahami makna mereka.Kejadian ini dikenali sebagai mencari makna .






Jom Belajar Membaca Kawan-Kawan ! :D

Pemilihan Bahan Bacaan





BACAAN MEKANIS :

-         Bacaan kuat yang mementingkan sebutan huruf dan bunyi    
-         Membaca mengikut intonasi
-         Membaca mengikut nada dan tekanan yang betul
-         Bahan bacaan yang mudah difahami 











BACAAN MENTALIS :

-        Dikenali sebagai bacaan akaliah
-        Bacaan yang disuarakan dalam hati 
-        Tahap kelajuan membaca mentalis lebih pantas 
-        Menekankan aspek kefahaman

BACAAN EKTENSIF :

-         Bacaan meluas yang di luar kelas
-         Memberikan tumpuan kepada beberapa aspek :



  1.                Pengukuhan asas bacaan
  2.                Menambah kemahiran memahami isi bacaan
  3.                Meningkatkan kepantasan membaca
  4.                Membina dan mengukuhkan minat membaca
  5.                Kebolehan memtik isi-isi penting


Masalah Dalam Membaca



Faktor  Fizikal

Faktor fizikal yang mempengaruhi masalah bacaan adalah seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah neurologikal seperti kerosakan otak (serebral palsi, aphasia, terencat akal, dll), dan bermasalah kesihatan (epilepsi, masalah jantung, kurang zat makanan yang serius, dll).

Faktor Kognitif dan Bahasa


Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya rendah dan yang terencat akal akan menghadapi masalah dalam bacaan yang serius. Selari dengan masalah ini ialah tahap kognitif yang rendah sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca menjadi sangat sukar. Manakala faktor bahasa melibatkan bahasa penerimaan (receptive language) yang melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis.

Faktor Emosi, Persekitaran, dan Pendidikan


Masalah membaca kebiasaannya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang memberi kesan yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanak-kanak. Faktor persekitaran bagi kanak-kanak yang kurang beruntung seperti tidak mendapat kasih sayang keluarga, kurang zat makanan, tiada galakan keluarga, dan sebagainya akan menjejas pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca. Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang pengajaran secara individu, tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak-kanak, mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah, penggunaan teknik pengajaran yang kurang berkesan, dan sebagainya.






Faktor Individu


Bagi menentukan masalah dalaman pelajar yang sukar untuk membaca, kemahiran kognitif para pelajar juga perlu untuk diambil kira. Hal ini adalah kerana, setiap pelajar mempunyai kemahiran kognitif yang berbeza-beza walaupun umur mereka sebaya. Oleh sebab itu, kegagalan proses pembelajaran untuk mengajar mereka cara membaca juga mempunyai hubung-kait dengan kemahiran kognitif setiap pelajar tersebut. 

Faktor Psikologi

Tahap kecerdasan dan psikologi yang pelbagai dalam kalangan murid disebabkan oleh faktor genetik, kecacatan fizikal murid, persekitaran dan sebagainya yang berkecenderungan menimbulkan permasalahan untuk mempelajari dan mengingati sesuatu yang diajar oleh guru. Selain daripada itu, tahap kesihatan serta gangguan emosi sering menjadi punca masalah dalam proses pembelajaran. Murid yang mewarisi tahap kecerdasan yang rendah sering memperlihatkan gangguan emosi seperti bimbang, takut, marah dan berbagai-bagai perasaan lagi yang pastinya menjejaskan tumpuan dan perhatian terhadap proses pembacaan (Zulkifley Hamid, 2006).

Mudah Hilang Tumpuan Dan Lemah Daya Ingatan

Masalah dalaman yang dihadapi oleh pelajar dalam proses pembacaan juga berkait dengan masalah mudah hilang tumpuan dan lemah daya ingatan. Hal ini adalah kerana peroses pembacaan memerlukan para pelajar untuk mengingati huruf dan bunyi bagi setiap huruf-huruf tersebut. Jika mereka bermasalah untuk mengigati setiap huruf tersebut maka proses pembacaan akan menghadapi masalah seperti membaca merangkak-rangkak dan tersangkut-sangkut. 



Pendekatan Dalam Mengajar Membaca





PENDEKATAN FONIK :

}  Pendekatan fonik pada awalnya digunakan bagi mengajar membaca pada tahap mendekod perkataan.
}  Murid-murid diajar untuk mengenali huruf dari A hinggalah ke Z.
}  Teknik yang digunakan ialah latih tubi, iaitu murid-murid akan diajar mengenal setiap huruf dan bunyinya.



PENDEKATAN KESELURUHAN KATA :

}  Pendekatan pengajaran membaca secara keseluruhan kata ini banyak digunakan dalam pengajaran membaca pada masa ini.
}  Penekanan bukan kepada bunyi huruf tetapi bunyi keseluruhan perkataan yang terdapat pada sesuatu bahan bacaan.
}  Penegasan membaca ialah pada setiap perkataan yang penuh, bukan bunyi perkataan berlandaskan sistem ejaan dalam sesuatu bahasa.





PENDEKATAN HOLISTIK :

}  Pendekatan ini baru sahaja diperkenalkan di negara ini, terutama dalam pengajaran membaca dalam bahasa Melayu (Mahzan Arshad 2003).
}  Prinsip asas pendekatan ini ialah murid-murid bukan sahaja diajar untuk menguasai kemahiran membaca, tetapi juga menikmati bahan bacaan.
}  Pendekatan ini diperkenalkan dalam pengajaran bacaan kerana penulis mendapati masyarakat Malaysia mempunyai kadar boleh membaca yang tinggi, tetapi tidak mempunyai minat membaca yang menggalakkan.




Sunday, 21 April 2013

Teori Membaca






i) Model Bottom-Up



Tokoh utama teori ini ialah Gough (1972). Model ini menyatakan individu memulakan proses membaca apabila matanya mengenalpasti maklumat visual yang tertera dalam teks yang dibaca secara berterusan. Pemprosesan membaca bergerak secara linear, iaitu dimulakan dengan mengecam huruf, mengekod pada tahap fonem, mengecam perkataan-perkataan dan akhirnya hubungan sintaksis dan semantik. Membaca dalam proses bottom-up merupakan proses yang melibatkan ketepatan, rincian, dan rangkaian persepsi dan identifikasi huruf-huruf, kata-kata, pola ejaan, dan unit bahasa lainnya.

Tugas utama pembaca menurut teori ini adalah mengkod lambang-lambang yang tertulis menjadi bunyi-bunyi bahasa (Harjasuna, 1996). Brown (2001) menyatakan bahawa pada proses bottom-up membaca terlebih dahulu mengetahui berbagai tanda linguistik, seperti huruf, morfem, suku kata, frasa, petunjuk gramatik dan tanda wacana, kemudian menggunakan mekanisme pemprosesan terus ke otak.

Antara perincian yang ditekankan di dalam teori ini ialah:

a) memberikan penegasan pada teks bertulis.

b) membaca dipandu oleh proses yang bertujuan mencari maklumat.

c) timbul daripada bahagian pada keseluruhan teks. 



ii) Model Top-Down


Teori ini dikenal sebagai model psikolinguistik dan teori ini telah dikembangkan oleh Goodman (1976) dan Smith (1971). Model ini melihat kegiatan membaca bersifat linear tetapi  bergerak dari atas ke bawah.

Model ini menghuraikan beberapa perkara penting sebagai panduan iaitu:

a) menegaskan perkara atau makna yang pembaca bawa kepada teks yang di baca.

b) menyatakan pembaca membaca teks berpandukan makna teks.

c) timbul daripada aspek keseluruhan teks pada bahagian-bahagian yang akhirnya mewujudkan makna.



Definisi Membaca Menurut Pandangan Tokoh

Siti Hajar Abdul Aziz ( 2009:143)  telah merumuskan definisi membaca sebagai  satu tindakan komunikasi iaitu proses berfikir yang melibatkan idea, kenyataan dan perasaan yang disampaikan oleh penulis kepada pembaca melalui perantaraan lambang-lambang bahasa .


Apa yang dapat disimpulkan daripada definisi membaca menurut tokoh-tokoh bahasa ialah membaca merupakan proses informasi dari teks yang dimiliki oleh pembaca yang mempunyai peranan yang utama dalam membentuk makna. 




 

: