i) Model
Bottom-Up
Tokoh utama teori ini ialah Gough (1972). Model ini menyatakan individu
memulakan proses membaca apabila matanya mengenalpasti maklumat visual yang
tertera dalam teks yang dibaca secara berterusan. Pemprosesan membaca bergerak
secara linear, iaitu dimulakan dengan mengecam huruf, mengekod pada tahap
fonem, mengecam perkataan-perkataan dan akhirnya hubungan sintaksis dan
semantik. Membaca dalam proses bottom-up merupakan
proses yang melibatkan ketepatan, rincian, dan rangkaian persepsi dan
identifikasi huruf-huruf, kata-kata, pola ejaan, dan unit bahasa lainnya.
Tugas utama pembaca menurut teori ini adalah mengkod lambang-lambang yang
tertulis menjadi bunyi-bunyi bahasa (Harjasuna, 1996). Brown (2001)
menyatakan bahawa pada proses bottom-up membaca terlebih dahulu
mengetahui berbagai tanda linguistik, seperti huruf, morfem, suku kata, frasa,
petunjuk gramatik dan tanda wacana, kemudian menggunakan mekanisme pemprosesan
terus ke otak.
Antara perincian yang ditekankan di dalam teori ini ialah:
a) memberikan penegasan pada teks bertulis.
b) membaca dipandu oleh proses yang bertujuan mencari maklumat.
c) timbul daripada bahagian pada keseluruhan teks.
ii) Model
Top-Down
Teori ini
dikenal sebagai model psikolinguistik dan teori ini telah dikembangkan oleh
Goodman (1976) dan Smith (1971). Model ini melihat kegiatan membaca bersifat
linear tetapi bergerak dari atas ke bawah.
Model ini
menghuraikan beberapa perkara penting sebagai panduan iaitu:
a) menegaskan
perkara atau makna yang pembaca bawa kepada teks yang di baca.
b) menyatakan
pembaca membaca teks berpandukan makna teks.
c) timbul
daripada aspek keseluruhan teks pada bahagian-bahagian yang akhirnya mewujudkan
makna.
No comments:
Post a Comment