} Pendekatan fonik pada awalnya digunakan bagi mengajar
membaca pada tahap mendekod perkataan.
} Murid-murid diajar untuk mengenali huruf dari A
hinggalah ke Z.
} Teknik yang digunakan ialah latih tubi, iaitu murid-murid
akan diajar mengenal setiap huruf dan bunyinya.
PENDEKATAN KESELURUHAN KATA :
} Pendekatan pengajaran membaca secara keseluruhan kata
ini banyak digunakan dalam pengajaran membaca pada masa ini.
} Penekanan bukan kepada bunyi huruf tetapi bunyi
keseluruhan perkataan yang terdapat pada sesuatu bahan bacaan.
} Penegasan membaca ialah pada setiap perkataan yang
penuh, bukan bunyi perkataan berlandaskan sistem ejaan dalam sesuatu bahasa.
PENDEKATAN HOLISTIK :
} Pendekatan ini baru sahaja diperkenalkan di negara
ini, terutama dalam pengajaran membaca dalam bahasa Melayu (Mahzan Arshad
2003).
} Prinsip asas pendekatan ini ialah murid-murid bukan
sahaja diajar untuk menguasai kemahiran membaca, tetapi juga menikmati bahan
bacaan.
} Pendekatan ini diperkenalkan dalam pengajaran bacaan
kerana penulis mendapati masyarakat Malaysia mempunyai kadar boleh membaca yang
tinggi, tetapi tidak mempunyai minat membaca yang menggalakkan.
No comments:
Post a Comment