Apakah
yang berlaku ketika seseorang itu membaca?
Apabila
kita membaca mata kita bergerak dengan cara melompat-lompat. Istilah teknikal untuk
kejadian ini ialah ginjatan(saccades). Antara ginjatan ada satu tempoh
yang dipanggil penetapan(fixation). Untuk merakamkan apa yang
berlaku ketika seseorang itu sedang membaca sebuah alat iaitu ‘eye tracker’
boleh digunakan.
Apakah
yang dirakamkan oleh Eye-Tracker ?
Ginjatan
& Penepatan
Tempoh penetapan sesuatu
perkataan bergantung kepada tiga faktor iaitu faktor kesan kepanjangan, kesan kekerapan
dan kesan konteks.
Proses Pengecaman
Setelah mata merakam maklumat visual teks bacaan,
proses selanjutnya ialah pengecaman kata. Proses pengecaman kata ini berlaku di
dalam otak. Pengecaman perkataan mengikut
kaedah fonetik melibatkan penafsiran bunyi yang dibuat oleh satu huruf tertentu
atau gabungan huruf. Manakala cara pengecaman seluruh perkataan melibatkan pengecaman
perkataan secara keseluruhan.
Proses Pemahaman
Selepas mengecam perkataan, langkah seterusnya
dalam bacaan ialah memahami makna. Kita belajar memahami makna melalui pengalaman.
Semasa kita membaca satu ayat, perkataan dan frasa yang kita temui,
mengaktifkan daya ingatan yang membenarkan kita untuk memahami makna mereka.Kejadian
ini dikenali sebagai mencari makna .
Jom Belajar Membaca Kawan-Kawan ! :D
No comments:
Post a Comment